Monday, November 16, 2009
Adakah Aku Insan Yang Lemah?
Thursday, November 12, 2009
Kali Pertama Di Makmal Penyelidikan
Wednesday, October 28, 2009
Jom muslimah!Kembara ke Nara

Monday, October 12, 2009
Apa Nak Jadi?Wahai Teman Ke Mana Arah Hala Tuju Hidupmu?
"Mana silapnya sehingga anak-anak muda pada hari ini begini jadinya?"
Ingin disalahkah ibubapa 100% tidak tergamak rasanya maka ingin disalahkan anak muda 100% juga tidak wajar rasanya.Rasanya adalah wajar jika meletakkan kesalahan ke atas semua.Ibubapa,diri anak muda dan juga masyarakat yang menyebabkan kebanyakan anak muda hari ini jauh tersimpang dari landasan yang sepatutnya.Sehinggakan ada diantara anak muda yang tidak mengetahui hala tuju hidup mereka.Mereka yang tidak punya halatuju bukanlah insan yang tercicir dalam pendidikan malah memegang segulung diploma ataupun ijazah dari pusat pengajian yang hebat.
Inikah kesan Pendidikan Agama Islam yang diajar ketika di sekolah sejak di umur 7 tahun sehingga 17 tahun?
Jikalau mereka lulus Ujian Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) mengapa mereka boleh tergamak untuk bertindak jauh dari landasan agama?
Adakah intipati pembelajaran yang diajar di kelas Pendidikan Agama Islam dipelajari semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan?bukannya untuk digunakan dalam kehidupan seharian?
Seperti pepatah arab,
"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH"
Melihat keletah anak muda pada hari ini menampakkan bahawa sia-sia sahaja subjek Pendidikan Agama Islam dimasukkan dalam silibus pembelajaran sekolah di Malaysia.
Wahai anak muda,tepuk dada tanya diri anda.Ke mana hala tuju hidup anda?Adakah kebahagian sementara yang yang ingin dipilih?Ataupun kebahagian yang kekal abadi di alam akhirat INFINITI kelak?Anda mampu memilih untuk kebahagiaan hidup anda.
Jangan malu atau segan jikalau ingin meminta panduan atau bimbingan dari insan yang berilmu kerana mereka sedia membantu anda bersama-sama menuju ke jalan yang diredhaiNya.Pokok pangkalnya pilihlah yang terbaik sebelum terlambat.Hari ini anda masih mampu bernafas namun esok siapa yang tahu.Jangan bila si pencabut nyawa di hadapan anda baru ingin memilih.
Tuesday, October 6, 2009
Merokok!Sahaja Aku Membunuh Diri.....
Satu permulaan baru bagi Bagaikan Srikandi setelah hampir sebulan bercuti di Malaysia.Saya ingin mulakan entri pertama edisi Syawal dengan isu ROKOK.Isu ROKOK bukanlah isu baru.Malah isu ini telah lama diperkatakan.Cuma masyarakat hari ini masih tidak menyedari betapa gentingnya isu ini.
Isu ROKOK bukan sahaja membabitkan kesihatan dan juga sikap.Malah isu ini juga tidak keterlaluan jika ingin dikaitkan juga dengan akidah seorang MUSLIM.Mungkin masyarakat di Malaysia pada hari ini masih tidak nampak lagi bahawa isu MEROKOK ini membabitkan akidah seorang MUSLIM.
Syukur ALHAMDULILLAH kerana Dia telah memberi hidayah kepada hambaMu yang lemah ini bahawa MEROKOK itu boleh merosakkan akidah seorang MUSLIM.Mungkin peROKOK tegar diluar sana akan menidakkan kata-kata saya ini.Tetapi apa yang ingin saya perkatakan merupakan perkara yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
"Sahaja aku membunuh diri dengan cara merokok!"
Kata-kata di atas mempunyai maksud yang sama seperti
"Sahaja aku membunuh diri dengan menggantung diri."
Mahupun "Sahaja aku membunuh diri dengan mengelar urat di pergelangan tangan."
"Ahh!Mengarutlah yang merokok itu sama dengan membunuh diri.Aku hidup je lagi walaupun dah meROKOK selama 40 tahun."kata seorang peROKOK tegar yang menidakkan kata-kata saya.
Itulah manusia.Tidak melihat apa yang dilihat,tidak mendengar apa yang didengar dan tidak berfikir apa yang terfikir.Ilmu yang ada tidak cuba dikaitkan dengan kehidupan seharian.Ramai MUSLIM tahu bahawa memBUNUH DIRI itu adalah berDOSA BESAR.Namun tidak sedar bahawa meROKOK itu merupakan salah satu cara untuk memBUNUH DIRI pada jangka masa panjang.
Bukan itu sahaja peROKOK juga sebenarnya adalah pemBUNUH paling berjaya.Mereka telah menyebabkan insan lain yang tidak berdosa turut terbunuh melalui asap kedua(secondhand smoke).Jangan esok di akhirat kelak anda tak dapat mencium bau syurga kerana tidak sedar telah melakukan pemBUNUHAN ketika di dunia dahulu.
"Tak boleh buat kerjalah kalau meROKOK."keluh seorang peROKOK tegar ketika dinasihatkan berhenti meROKOK.
Itu hanyalah alasan semata-mata.Belum cuba berhenti meROKOK tetapi telah memberikan 1001 alasan mengapa tidak boleh berhenti merokok.
Sesungguhnya ajal dan maut itu di tanganNYa tetapi mahukah anda tinggalkan dunia sementara ini dalam keadaan yang mengaibkan seperti di video di atas?Pilihlah yang terbaik untuk diri anda kerana hidup di dunia ini hanyalah sementara.
(Entri ini adalah pendapat peribadi penulis.Tidak mempunyai kaitan dengan sebarang hukum-hakam agama ataupun fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama.)