Showing posts with label Malay poetry. Show all posts
Showing posts with label Malay poetry. Show all posts

Jan 9, 2012

Tentang Cinta I


My first poetry that I wrote while I'm studying in Japan and will always be my favourite one.

Teman
Ku juga seperti dirimu
Mendambakan cinta seorang insan
Yang bergelar ADAM
Namun bukan cinta duniawi
Yang kuimpikan
Tetapi cinta kerana Ilahi
Cinta yang kekal abadi
Hingga ke syurga
Seperti cinta Adam dan Hawa
Walaupun angkara Iblis
terpisah menderita
Namun bertemu kembali
di dunia
Ku tidak impikan cinta Romeo dan Juliet
mahupun cinta Laila dan Majnun
Biar ada yang berkata
itulah cinta Agung
Namun jika tidak berpaksikan
cinta Ilahi
Hilang keagungannya
Fikirkanlah teman
Cinta mu itu cinta duniawi
Atau kerana Ilahi
Fikirkanlah ke mana hala tuju cintamu
Hingga ke syurga
atau sementara sahaja
Janganlah kau sia-siakan fitrah dari Ilahi ini
Kerana cintamu lahir dari cintaNYA

(2009/06/18 17:37 pm)

Tentang Cinta II

Another Malay Language poetry that I've write few years ago and I love to share with my beautiful readers.

Cinta Ilahi itu ibarat sutera
Walaupun lembut namun utuh dan teguh
Cinta Ilahi itu tidak melalaikan
Malah memutikkan kerinduan kepadaNya
Dan menambahkan ingatan kepadaNya
Cinta Ilahi juga
dilimpahi ketenangan, kedamaian dan kejujuran
Bukannya kepura-puraan dan keterpaksaan
Bukan juga bersifat kemilikan
Dan tiada juga keraguan serta kepalsuan
Cinta Ilahi juga tidak mengelisahkan
Dan juga tidak menerbitkan
Kecemburuan, hasad dan dendam
Itulah cinta Ilahi
Yang terbit dari sifatNya
Yang Al-Wahhab
Yang Ar-Rahman
Dan Ar-Rahim

(21/7/21 04:00am)

Hi Readers!!!

Assalamualaikum dear my blog readers.I'm back with a new blog and wit a new spirit.I know this is an old poet that I've post and write in my old blog but I still want to share this with my readers.

Akulah Insan Yang Lemah

Tenggelamnya matahari
Tanda maghrib menjelma
Seruan Ilahi yang keempat memanggil umatnya
Supaya tidak alpa pada Sang Pencipta
Tatkala penat pulang bekerja

Tidak sampai seper dua belas jam
diperuntukkan untuk menghadapNya
Namun sekelompok umat
melengah-lengahkan masa
lebih asyik bergurau senda,bergelak ketawa
bergaul bebas sehingga lupa pada seruanNya

Di satu sudut kelihatan seorang hawa
menitiskan air mata sambil merintih kepadaNya
Hawa itu sedih melihat teman-temannya
Yang semakin terpesong dari titian siratNya

Oh Tuhan adakah aku insan yang lemah?
Kerana hanya mampu mencegah kemungkaran
dengan hati yang kecil ini
Atau teman-temanku yang lemah
Lemah menahan nafsu dan godaan Iblis
yang dilaknatMu
Sehingga lupa pada perintahmu

Oh Tuhan kurniakanlah nurMu
kepada teman-temanku
sepertimana Engkau kurniakan nur
kepada hambaMu yang kerdil ini

(23:20 15/11/2009)